Monday, 4 November 2013

Perjalanan Itu Tak Semudah Yang Kau Sangka

Tengok hidup orang rasa happy je, macam senang je. But the truth? No one know better than themselves. Baca novel, kita boleh agak kita boleh teka. Tapi hidup kita siapa yang boleh teka apa yang akan jadi seterusnya? Tak ada siapa yang boleh agak macam mana hidup mereka akan datang walaupun esok belum tahu lagi apa yang bakal jadi. Kita boleh rancang tapi Allah yang tentukan.

Hidup bukan semudah macam yang kita baca dalam novel. Novel adalah angan angan penulis yang ingin mencorakkan karakter dalam novelnya. Kita? Corakan hidup yang lebih sempurna bukan datang dari novel yang kita baca beribu ribu kali bukan daripada perasaan 'kalaulahh aku macam ...' tapi usaha yang kita ada untuk menjadikan corakan dan angan angan itu satu realiti.

Nampak orang gembira, tiada masalah bukan bermakna hidup mereka tiada ranjau. Ranjaunya ada cuma cara kita menghadapi ranjau itu sendriri, Hati kita, penerimaan kita. Redhakah? Ikhlaskah? Itu semua bergantung pada hati. Tabah hati itu, senanglahh ranjau itu walaupun pada pandangan orang lain nampak payah.

Aku boleh nasihat, aku boleh bagi semangat tapi orang yang rasa mesti akan cakap, 'Kau cakap senanglahh kau tak rasa sendiri macam mana'. Macam aku cakap hati kena ikhlas, hati kena redha barulah rasa Allah sentiasa ada barulah rasa masalah semua boleh selesai cuma lambat dan cepat sahaja.

Aku tahu banyak yang jadi, banyak orang cakap. Tapi perlu ke ambil peduli kata negatif orang lain? Bukan bagi semangat pun malah patahkan semangat lagi ada. Tak semua dalam dunia nie akan sokong kita tapi sekali kita dah dapat seseorang yang boleh sokong kita dari belakang hargai dia. Orang macam tu ibarat mencari sebutir mutiara dicelahan beribu pasir yang halus. Sangat jarang untuk jumpa.

Aku dah usaha untuk baiki mana yang kurang, aku dah cuba untuk bersemuka. Tapi mungkin usaha aku tak cukup sebab tu masalah sentiasa datang. Kau boleh tengok aku senyum, hati aku takde siapa yang tahu. Hati aku aku seorang yang tahu. Senyum aku, kau boleh kata aku gembira kau boleh kata aku bahagia. Sedih aku perlu ke aku tunjuk pada dunia?

Cukup aku seorang yang rasa, cukup aku seorang yang tahu macam mana sakitnya. Cukup cukup cukup! Semua nampak mudah, semua nampak ringkas. Jangan sangka beras yang kita makan hari hari tu tumbuh sekelip mata, prosesnya susah prosesnya ambil masa. Dalam hidup nie takde yang senang takde yang sekelip mata dapat. KIsah Jin Aladdin tu hanya kisah dongeng kanak kanak jagan terpengaruh.

Aku tak banyak pengalaman tapi pengalaman yang sikit nie aku kutip banayk pengajaran. Pengajran tu yang aku guna untuk aku teruskan hidup. Bukan semua dalam hidup nie kita kena percaya kita kena ikut. Bezakan baik buruk sesuatu.