Monday, 4 November 2013

Perjalanan Itu Tak Semudah Yang Kau Sangka

Tengok hidup orang rasa happy je, macam senang je. But the truth? No one know better than themselves. Baca novel, kita boleh agak kita boleh teka. Tapi hidup kita siapa yang boleh teka apa yang akan jadi seterusnya? Tak ada siapa yang boleh agak macam mana hidup mereka akan datang walaupun esok belum tahu lagi apa yang bakal jadi. Kita boleh rancang tapi Allah yang tentukan.

Hidup bukan semudah macam yang kita baca dalam novel. Novel adalah angan angan penulis yang ingin mencorakkan karakter dalam novelnya. Kita? Corakan hidup yang lebih sempurna bukan datang dari novel yang kita baca beribu ribu kali bukan daripada perasaan 'kalaulahh aku macam ...' tapi usaha yang kita ada untuk menjadikan corakan dan angan angan itu satu realiti.

Nampak orang gembira, tiada masalah bukan bermakna hidup mereka tiada ranjau. Ranjaunya ada cuma cara kita menghadapi ranjau itu sendriri, Hati kita, penerimaan kita. Redhakah? Ikhlaskah? Itu semua bergantung pada hati. Tabah hati itu, senanglahh ranjau itu walaupun pada pandangan orang lain nampak payah.

Aku boleh nasihat, aku boleh bagi semangat tapi orang yang rasa mesti akan cakap, 'Kau cakap senanglahh kau tak rasa sendiri macam mana'. Macam aku cakap hati kena ikhlas, hati kena redha barulah rasa Allah sentiasa ada barulah rasa masalah semua boleh selesai cuma lambat dan cepat sahaja.

Aku tahu banyak yang jadi, banyak orang cakap. Tapi perlu ke ambil peduli kata negatif orang lain? Bukan bagi semangat pun malah patahkan semangat lagi ada. Tak semua dalam dunia nie akan sokong kita tapi sekali kita dah dapat seseorang yang boleh sokong kita dari belakang hargai dia. Orang macam tu ibarat mencari sebutir mutiara dicelahan beribu pasir yang halus. Sangat jarang untuk jumpa.

Aku dah usaha untuk baiki mana yang kurang, aku dah cuba untuk bersemuka. Tapi mungkin usaha aku tak cukup sebab tu masalah sentiasa datang. Kau boleh tengok aku senyum, hati aku takde siapa yang tahu. Hati aku aku seorang yang tahu. Senyum aku, kau boleh kata aku gembira kau boleh kata aku bahagia. Sedih aku perlu ke aku tunjuk pada dunia?

Cukup aku seorang yang rasa, cukup aku seorang yang tahu macam mana sakitnya. Cukup cukup cukup! Semua nampak mudah, semua nampak ringkas. Jangan sangka beras yang kita makan hari hari tu tumbuh sekelip mata, prosesnya susah prosesnya ambil masa. Dalam hidup nie takde yang senang takde yang sekelip mata dapat. KIsah Jin Aladdin tu hanya kisah dongeng kanak kanak jagan terpengaruh.

Aku tak banyak pengalaman tapi pengalaman yang sikit nie aku kutip banayk pengajaran. Pengajran tu yang aku guna untuk aku teruskan hidup. Bukan semua dalam hidup nie kita kena percaya kita kena ikut. Bezakan baik buruk sesuatu.

Monday, 22 April 2013

Alone is better cause I have Allah

Dah, aku mula malas mula muak mula menyampah dengan semua yang orang dok sebok sebok hal aku. Aku suka diri aku sekarang. Tak perlu untuk aku fikirkan orang lain lagi dah. Aku suka bila aku bole buat segala benda sendirian tak payah nak dok semak kepala.

Aku tak minta untuk ada 100k untuk back up aku. Aku cuma harap pada seorang yang bole mendengar. Betullah cakap orang kawan baik kita takkan sama dengan kawan kita walau di seantero dunia pun. They don't know me like my Besties do. I am glad to have two Ain in my life. Don't need much, i don't expect them to back me up but i just need a good listener to make me calm down, to give their shoulder for me to cry on. Thats it.

Bagi aku, aku takkan mati bila aku berada atas muka bumi Allah yang luas nie. Dia selalu buka pintu rezeki untuk umatnya. No doubt.

Orang yang hari hari cakap sayang aku pun belum tentu akan jadi macam my two Besties. Dia juga ada pilihan, aku tak memaksa. Aku just nak cadangkan dekat dia untuk tak payah nak back up aku sebab yang ada masalah dengan aku tu kawan sekolah dia.

Cakaplah apa pun sekarang aku senyap sebab banyak aku simpan lagi banyak untuk aku keluarkan. Penat, yea aku sangat penat. Aku penat bila orang sebok jadi reporter sana sini. Aku benci orang yang batu api nie. Aku meluat tengok orang buat muka kesian padahal dia yang salah, konon innocentlahh sangat.

Sudahlah Atok, tak payah nak back up. Maruah awak tak tercalar pun sebab saya masih belum ada apa ikatan yang sah. Salah aku, biar aku yang betulkan. Yang aku ada keluarga aku, Allah dan kekasih-Nya. Tak perlu ramai ramai. Tak perlu orang yang tipu aku hari hari sebab aku taknak orang tu jadi penipu tegar.

Aku tak kisah, sikit pun aku tak heran kalau aku tak ada diorang yang banyak menipu, banyak mementingkan diri sendiri asal kerja senang. Sebab aku tau orang lain akan ada untuk tolong aku. Aku tak kisah aku kena campak tu mungkin pengalaman untuk aku.

Bila masuk praktikal, lagi jelas aku nampak perangai tak semengah dia. Lagi dia ingat aku nie hamak sangat nak kerja dengan dia. Tapi aku watlekk je.Aku bukan jenis yang bergantung dengan orang kalau nak keje. Tapii time nak minta tolong aku cari je lahh sesiapa hamba Allah yang sudi nak nolong kawan nie haa. Sebab aku fikir, nanti bila dah habis belajar pun bukannya aku lekat dengan dia. Aku mesti jauh jauh dengan dia and confirm aku dapat kerja dengan ramai lagi orang. Hehehe . I need to make myself comfortable with that.

So, peace yawww!!!

I don't care who will walk with me,
who will be with me.
But what i do care is who will make my day
better than ever. 

Tuesday, 12 March 2013

Tak semuanya happy ending.

Happy ending? Cerita dekat Walt Disney kalau yang princess mesti habis dengan 'They live happily ever after' macam dah takde dialog lain je. Happy ending.... Wahhhh~~~~~ *clapclap*

Tapi tak semuanya happy ending. Dalam banyak banyak cerita dongeng nie. Aki prefer Peter Pan. Nie jelahhsalah satu cerita yang takde happy ending bagi aku even Wendy dan adik dia dah balik dekat family, tapi Peter Pan still seorang diri dekat Netherland. 

Memanglahh kalau ikutkan dalam cerita nie tak nampak mana princess dia. Tapi bagi aku Wendy tu lahh princess dalam cerita tu bukan sebab she the only girl uang ada tapi sebab ciri yang dia ada tu yang jadikan dia princess. And one more thing sikap Peter Pan tu sendiri tunjukan dia layak jadi the 'prince'.

Aku tak tau kenapa aku minat sangat dengan cerita Peter Pan nie since aku kecil lagi. Aku ingst lagi dulu aku fanatik gila dengan cerita nie sampai masuk mimpi nangis nangis sebab kena pisah dengan Peter. Sampai macam tu sekali penangan cerita tu dekat aku. 

So, bila dah besar nie kalau aku tengok lagi cerita tu aku boleh ulaskan yang tak semua dalam dunia nie happy ending. Kadang kadang kita kena lepaskan yang kita sayang untuk yang lebih berharga macam Wendy lepaskan Peter untuk keluarga dia. Dekat situ pengorbanan paling besar even Peter pun sayangkan Wendy tapi demi Netherland dengan Thinkerbell dia buat keputusan yang susah macam tu. 

Jadi aku take the moral story and move on dengan semangat yang watak dalam cerita tu tunjuk. Mungkin satu masa nanti aku kena buat keputusan yang aku sendiri tak jangka.

Aku taknak bermimpi untuk sentiasa ada putera tolong aku lepas tu happily ever after. Sebab tu semua mustahil sebab itu hanyalah rekaan untuk kanak kanak. Aku pernah bermimpi,aku nak mimpi indah aku jadi kenyataan. Untuk itu aku kena usaha. Usaha yang tak berbelah bagi untuk sebuah mimpi jadi nyata.

Aku bukan lahir dari family yang senang lenang. Keluar terus pakai kasut emas, dalam mulut suap makan pakai sudu emas. Tidak aku bukan yang macam tu. Jadinya kalau aku nak yang macam itu aku kena berubah. Lupakan segala hipokrit kalau boleh bunuh aje yeaa sayang sayang. Tapi jangan bunuh sungguh pulak, bunuh dalam hati je yeaaa dear.

Akuyakin setiap orang boleh berubah selagi ada usaha kita boleh. Jangan terlalu rendah diri untuk berubah, rendah dirilah pada yang sepatutnya. So, we are big girl aiteee? Just think that we able to do it! Yeahhhh.