Friday, 28 December 2012

Pembaharuan.

Hidup ni perlukan pembaharuan. Dalam hidup aku dah banyak yang jadi. So, aku buat keputusan nak renew balik apa yang dah jadi sepanjang aku kutip pengalaman ni.

Tak semua yang kita nak kita dapat. Tak semua orang kita boleh percaya. Tak semua kawan kita boleh anggap kawan baik sebab orang yang kita sangka baiklah yang akan bunuh kita secara perlahan. Dekat sini aku dah ambil iktibar jangan terlalu percayakan orang.

Aku tekad lepas nie aku buka buku baru. Jangan fikirkan sangat apa yang dah jadi. Orang buat taik, aku balas dengan gula. Bukan susah pun nak watlek je. Biarlah apa orang nak dok gebang pasal aku ke apa ke. Satu je kesimpulan yang aku boleh cakap dekat sini, orang orang tu semua sedang mencari publisiti murahan agar diberi perhatian. Mungkin meraka ni jenis yang kurang kasih sayang. Mungkinlahhh~~~

Pagi Jumaat, Jumaat yang terakhir untuk tahun ni. Tahun 2012. Aku pun pelik kenapa aku buat blog pada akhir tahun. Nak ambil berkat sempena Jumaat yang terakhir tahun ni kot.

Jadinya, jadinya aku kalau boleh tak nak ada masalah yang boleh buat aku gila babeng macam cinabeng. Refresh balik apa yang jadi dalam tahun ni, kutip mana yang perlu dan restart balik sebab dah nak mulakan yang baru untuk tahun 2013.

Terima kasihlah dekat pengkhianat tu, kepada pencabar kerana dah tolong aku uji terjauh mana kekuatan yang ada dalam diri aku. Aku tak boleh salahkan terus terusan sebab tanpa kau, aku mungkin masih di takuk lama yang selalu berada bawah telunjuk kau. Terima kasih banyak banyak.

Alhamdulillah, aku mudah memaafkan tapi tolonglah hati. Tolong ikhlaskan apa yang telah terjadi. Aku tak minta untuk jadi yang terbaik tapi aku berharap aku boleh jadi yang lebih baik. Jalan dan pintu taubat Allah itu sangat terbuka luas untuk aku hambanya yang selalu buat silap.

Aku harap tahun 2013 ni jadi tahun yang penuh dengan kegembiraan untuk aku walaupun cabarannya kita tak tau lagi macam mana. Siap sediakan minda untuk terima apa yang berlaku.

jangan pernah salahkan masa lalu, kerna kita tidak tahu apa yang ada pada masa hadapan

Dalam hidup kita akan selalu ada dua pilihan. Situasi aku sama ada aku tinggalkan yang lama dan teruskan perjalanan atau terus menerus dengan keadaan sedia kala. Aku pilih untuk tinggalkan segala yang berlalu sebagai iktibar dan teruskan perjalanan yang mungkin lebih indah.

Aku tak takut untuk berjalan seorang diri, tetapi aku takut aku tak mampu untuk berseorangan. Kerana aku tahu aku perlukan kawan kawan keluarga dan orang tua untuk aku sentiasa kuat meneruskan segala yang ada di hadapan aku.